Pelajar kolej ditemukan lemas ketika mandi bersama sembilan rakan

SEORANG pelajar kolej ditemukan lemas ketika mandi-manda bersama rakan di Sungai Loh, Kampung Jongok Batu, Hulu Dungun dekat Dungun petang ini.

Mangsa, Ahmad Al Hafiz Asri Ahmad, 19, ditemukan lemas oleh anggota pasukan bomba sukarela di celahan batu dalam jarak 10 meter dari tempat dia dikatakan hilang kira-kira jam 5.20 petang.

ALLAHYARHAM Ahmad Al Hafiz Asri Ahmad

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Al-Muktaffi Billah Shah, Pegawai Bomba Kanan 1 (PBK 1) Kamal Suhaimi Abdullah berkata, mangsa dari Kampung Jaya Baru, Jalan Felda Bukit Bading di Ajil, Hulu Terengganu disedari lemas oleh rakan-rakannya selepas terjun ke dalam sungai dan tidak timbul di permukaan air kira-kira jam 4.40 petang.

“Maklumat awal daripada rakan memaklumkan mangsa yang mengikuti pengajian Diploma Pengurusan Pelancongan Islam, bersama-sama sembilan rakan ke Sungai Loh untuk mandi-manda pada jam 11 pagi,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurut Kamal Suhaimi, lapan anggota bomba dan tiga anggota pasukan bomba sukarela terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img