Mayat lelaki terjatuh sungai ditemukan selepas 3 hari

SEORANG lelaki ditemukan lemas semalam selepas tiga hari dilaporkan terjatuh di Sungai Keruh di Kepong, Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.27 petang.

“Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dari APM Sentul dikerah ke lokasi berkenaan. Sebelu mini operasi SAR mengambil masa tiga hari dan kawasan pencarian meliputi Sungai Keruh, Sungai Gombak dan Sungai Klang menjadikan radius pencarian sejauh 16 kilometer.

“Mayat mangsa ditemukan pada hari ketiga SAR semalam di kolam takungan berhampiran Masjid Al-Qurtubi, Taman Sri Segambut,” katanya, lapor Harian Metro.

Menurut APM, mangsa hanyut dan ditemukan kira-kira empat kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh di Jalan Kuang Bulan, Kepong.

Katanya, identiti sebenar mangsa tidak dapat disahkan oleh pihak APM dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

APM berkata operasi SAR itu dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img