Lelaki warga Myanmar ditemukan lemas dalam tasik

SEORANG lelaki warga Myanmar ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dari tebing di Tasik Taman Cheras Prima di Jalan Cheras Lima 1, Kuala Lumpur hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.31 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan bergegas ke lokasi.

“Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang sedang berada di lokasi kejadian kanak-kanak terjatuh longkang di Bandar Mahkota Cheras turut digerakkan dan tiba di lokasi pada pukul 7.15 malam.

“Lelaki terbabit dipercayai terjatuh dari tebing tasik dengan kedalaman kira-kira tiga meter,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurut beliau, operasi pencarian dilakukan menggunakan teknik arch pattern sebelum mayat mangsa ditemukan kira-kira tiga meter dari tebing pada kedalaman 1.5 meter.

“Mangsa berjaya dibawa naik oleh anggota PPDA dan disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img