Exco Negeri Sembilan angkat sumpah : 8 BN, 2 PN…tiada daripada PH

 DAKWAAN kononnya ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP akan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Sembilan terbukti hanyalah fitnah.

Sebelum ini  tercetus dakwaan kononnya ADUN DAP akan dilantik sebagai Exco atas semangat mahukan Kerajaan Perpaduan terbentuk di negeri itu.

Bagaimanapun hari ini segalanya terjawab apabila  barisan 10  exco yang dilantik hari ini terdiri daripada lapan daripada arisan Nasional BN) iaitu tujuh UMNO dan seorang MCA manakala dua daripada Perikatan Nasional (PN) iaitu masing-masing seorang daripada Pas dan Wawasan.

Daripada 10 orang itu dua Exco daripada BN sebelum ini dikekalkan iaitu Datuk Mohd Faizal Ramli (ADUN Linggi) dan Datuk Mustapha Nagoor (ADUN Palong).

Lapan Exco lain ialah Datuk Zaifulbahri Idris (ADUN Chembong – BN) , Siow Kong Choon (ADUN Chennah – BN- MCA) Siti Nur Umaira Hasim (ADUN Labu – BN)Datuk Mohd Asna Amin (ADUN Lenggeng – BN),Datuk Mohd Razi Mohd Ali (ADUN Sungai Lui – BN) Suhaimizan Bizar (ADUN Gemencheh – BN), Mohd Fairuz Mohd Isa (ADUN Serting – PN / mewakili Pas) dan Datuk Razali Abu Samah (ADUN Sikamat -PN – Wawasan).

Pelantikan kesemua Exco itu yang mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti, di Kuala Pilah sekaligus ‘mematikan’ tohmahan ‘pilih BN-PN dapat DAP’.

Dalam PRN Negeri Sembilan pada Sabtu lalu, BN yang menjalinkan persefahaman dengan PN menang 18 daripada 36 kerusi DUN dan PN membantu membentuk kerajaan selepas menang 7 kerusi.

BN dan PN kini mentadbir dengan majoriti dua pertiga selepas mendapat 25 kerusi. Untuk membentuk kerajaan di Negeri Sembilan sesebuah parti memerlukan 19 kerusi DUN manakala  24 kerusi untuk majoriti dua pertiga. Pakatan Harapan pula menang 11 kerusi.

Berangkat ke istiadat itu ialah Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz serta Tunku Panglima Besar Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz.

Istiadat itu turut dihadiri Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Klana Petra Muhammad Faris Johari dan Undang Luak Rembau, Datuk Sedia Raja Hassan Ab Hamid serta Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img