Wanita warga emas melecur 50% dibakar di kedai nombor ramalan

SEORANG wanita warga emas melecur kira-kira 50 peratus di badannya setelah dibakar seorang lelaki tidak dikenali di sebuah premis menjual nombor ramalan di Kuala Lumpur pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Superintenden Jasni Zolpa berkata, kejadian berlaku di Taman Pusat Kepong itu dilaporkan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menerusi talian MERS999 kira-kira jam 8 pagi.

“IPD Sentul telah menerima panggilan melalui MERS999 berhubung kejadian seorang wanita berusia 62 tahun disimbah cecair yang disyaki petrol sebelum dibakar oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di sebuah premis menjual nombor ramalan.

“Mangsa bekerja sebagai penjaga kaunter telah mengalami kecederaan melecur kira-kira 50 peratus di seluruh badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jasni berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa tidak mempunyai musuh dan tidak pernah menerima sebarang ancaman sebelum ini dan motif kejadian masih disiasat.

Beliau menambah, pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur turut hadir di tempat kejadian dan mengambil beberapa sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) serta barangan berkaitan bagi membantu siasatan.

Jasni berkata, IPD Sentul telah melancarkan operasi khas bagi mengesan suspek dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img