Buruh kontraktor mengaku tidak bersalah amang seksual remaja 17 tahun

SEORANG buruh kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, bulan lalu.

Tertuduh, Syafiq Dzulkafli, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid, lapor Buletin TV3.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Jalan Jubli Perak, Kangar, kira-kira jam 4 pagi pada 19 Julai lalu.

Mangsa ketika kejadian berusia 17 tahun 11 bulan.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Alif Farhan Hassan, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Mohamad Alif Farhan Mohamad Supian.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan syarat perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap 1 hari bulan serta dilarang mengganggu mangsa dan saksi kes.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 7 September depan.

Media sebelum ini melaporkan, kes terbongkar selepas mangsa yang menawarkan perkhidmatan seks menerusi aplikasi dalam talian disoal siasat sepasukan anggota Cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar pada 24 Julai lalu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here