Kecurian peralatan kebun, buah sawit dipercayai motif lelaki dibunuh

KECURIAN peralatan kebun dan buah sawit dipercayai menjadi motif seorang lelaki tempatan dibunuh sebelum mayatnya ditemukan di dalam kebun kelapa sawit di Banting, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Mohd Radzi berkata, mayat mangsa berusia 49 tahun itu ditemukan keluarganya ketika mereka menjalankan usaha mencari lelaki berkenaan.

Katanya, polis menerima laporan berhubung penemuan mangsa daripada anggota Cawangan Ketenteraman Awam dan Keselamatan Negara (KDNKA), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat.

“Siasatan awal mendapati kecurian peralatan kebun dan buah sawit dipercayai menjadi motif kejadian.

“Susulan kejadian, lapan individu terdiri daripada warga tempatan dan warga asing berusia antara 20 hingga 70-an ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Akmalrizal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sebatan sekurang-kurangnya 12 kali jika sabit kesalahan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here