Dua OKT cuba lari selepas prosiding di Mahkamah Kulim

DUA Orang Kena Tuduh (OKT) cuba melarikan diri dari Mahkamah Majistret Kulim selepas selesai urusan sebutan kes sebelum ditangkap semula kira-kira jam 10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua OKT itu hadir ke mahkamah bagi sebutan semula kes membabitkan pertuduhan di bawah Seksyen 324 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

“Kedua-dua mereka sebelum ini dituduh di Mahkamah Majistret Kulim pada 30 April lalu dan dibenarkan diikat jamin sementara menunggu proses perbicaraan.

“Kejadian berlaku ketika proses tangkapan semula oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan (SPS) yang berada di mahkamah berkenaan,” katanya dalam kenyataan , hari ini.

Beliau berkata, selepas selesai urusan sebutan kes membabitkan pengurusan kes dan serahan dokumen, kedua-dua OKT keluar melalui pintu belakang mahkamah selepas menyedari kehadiran anggota IPD SPS di pintu hadapan.

Bagaimanapun, kedua-dua OKT berjaya ditangkap semula.

Kejadian berkenaan turut dirakam dan tular di media sosial, menunjukkan keadaan panik di kawasan Mahkamah Kulim susulan cubaan melarikan diri terbabit.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here