Penuntut IPTS tular memandu mabuk didakwa bunuh warga emas

SEORANG penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang tular kerana didakwa memandu dalam keadaan mabuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas, minggu lalu.

N Vishwesh, 23, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Maslinda Selamat, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Eng Kim Kheng @ Ng Kim Swee, 78, di Kilometer 38, Jalan Klang-Banting-Port Dickson, dalam daerah Kuala Langat, kira-kira jam 7.20 malam, 7 Ogos lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun berserta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Syafiq Yazid, manakala tertuduh diwakili peguam T Mishant.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 1 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here