‘’Saya masih kekal anggota pentadbiran Kerajaan Perpaduan’’ – Yusof Apdal

TIMBALAN Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohammad Yusof Apdal hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau meletakkan jawatan dan menarik diri daripada Kerajaan Persekutuan.

Beliau ketika dihubungi Bernama hari ini berkata dakwaan yang tular di media sosial itu adalah tidak benar dan berniat jahat.

“Saya masih kekal sebagai anggota pentadbiran Kerajaan Perpaduan dan terus memikul amanah serta tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya,” katanya.

Dr. Mohammad Yusof berkata penyebaran maklumat palsu seumpama itu bukan sahaja mengelirukan orang awam malah berniat untuk memburukkan nama baik beliau.

Mohammad Yusof yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu daripada Parti Warisan turut meminta orang ramai agar tidak menyebarkan berita yang belum disahkan dan sentiasa merujuk kepada sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang tepat serta sahih.

Terdahulu, satu kiriman media sosial yang tersebar mendakwa Mohammad Yusof membuat keputusan untuk menarik diri daripada jawatan Timbalan Menteri berkuat kuasa hari ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here