RCI Tabung Haji: Datuk Seri, Datuk antara 7 individu ditahan termasuk bekas pengurusan kanan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tujuh individu termasuk seorang wanita yang terdiri daripada seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat dan empat bekas pengurusan kanan Lembaga Tabung Haji (TH) bersabit isu RCI Tabung Haji.

Suspek pertama seorang CEO sebuah syarikat perkapalan bergelar Datuk berusia dalam lingkungan 60-an telah ditahan kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu ketika membuat bayaran kepada TH melibatkan pemalsuan dokumen kontrak sebuah syarikat petroleum untuk kepentingan syarikat miliknya.

Suspek kedua dan ketiga yang masing-masing bergelar Datuk dan Datuk Seri berusia dalam lingkungan 60-an pula ditahan kerana disyaki memperdayakan pegawai TH untuk membuat pelaburan ke sebuah syarikat pembinaan dengan menjanjikan potensi syarikat akan disenaraikan ke Bursa Saham Malaysia.

Manakala empat bekas pengurusan kanan TH berusia dalam lingkungan 50-an dan 60-an termasuk seorang bergelar Dato’ Sri dan seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dengan amalan rasuah sehingga mendorong TH memasuki perjanjian pajakan empat buah hotel dengan sebuah syarikat di Arab Saudi berjumlah SR2.49 bilion yang telah menyebabkan kerugian kepada TH.

Bagaimanapun, hanya dua suspek lelaki iaitu CEO syarikat perkapalan dan pengarah syarikat pembinaan bergelar Datuk telah direman manakala lima lagi suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM kerana masalah kesihatan.

Perintah reman selama lima hari sehingga 19 Ogos 2026 terhadap kedua-dua suspek telah dikeluarkan Majistret Ahmad Afiq Hasan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Menurut sumber, kesemua suspek telah ditahan secara berperingkat kira-kira jam 3 petang hingga 10.30 malam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, semalam.

Tahanan reman ini adalah susulan daripada siasatan oleh pasukan khas yang ditubuhkan SPRM bagi menyemak dan meneliti hasil Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang telah didedahkan kepada umum menerusi portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai 2026.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 16(a)(A) Aktaa SPRM 2009.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here