Penyelewengan Tabung Haji bukan masalah umat Islam semata-mata -PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim berkata penyelewengan melibatkan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak boleh dianggap sebagai masalah umat Islam semata-mata kerana kesannya turut ditanggung seluruh rakyat Malaysia.

Perdana Menteri berkata, perbuatan segelintir pihak yang didakwa menyeleweng dana institusi itu menyebabkan rakyat pelbagai kaum terpaksa menanggung akibatnya.

“Yang menyakau itu beberapa kalangan dan yang terpaksa bayar seluruh rakyat Malaysia. Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan terpaksa bayar kerana kerakusan dan penipuan mereka,” katanya dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, hari ini.

Beliau yang juga Presiden PKR bagaimanapun menegaskan tiada pihak harus dihukum sebelum siasatan selesai.

Anwar berkata, badan penguatkuasaan perlu menjalankan siasatan secara profesional tanpa mengira kedudukan, parti atau kaum pihak terbabit.

“Jangan berlengah, bertolak ansur, jangan kira parti mana, jawatan mana, kaum mana. Salah menyakau, tangkap mereka,” katanya.

Anwar turut mempertahankan keputusan kerajaan mendedahkan laporan berkaitan TH, yang menurutnya dipersetujui Jemaah Menteri tanpa bantahan mana-mana anggota Kabinet.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here