Tiga beranak  pelarian Myanmar rentung dalam kebakaran

SEORANG lelaki pelarian Myanmar dan dua anak maut manakala isterinya cedera dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Serai Maju, Bagan Serai, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Datuk Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada 5.17 pagi melibatkan kebakaran rumah dihuni tujuh warga asing.

 Mangsa yang maut ialah Mohd Yunus Nor Ali, 27, Muhammad Woheed, 6, dan Mohamad Aheed, 3, manakala isterinya Saniya Jahan Juma Abul Kasim, 24, yang juga pelarian Myanmar melecur pada tangan serta kaki.

“Isteri mangsa yang ditemukan di luar rumah memaklumkan suami dan dua anaknya terperangkap di dalam premis itu.

“Berdasarkan penemuan awal pasukan Forensik Kebakaran JBPM, kebakaran bermula di bilik pertama iaitu lokasi semua mangsa maut ditemukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sayani berkata wanita itu dihantar ke hospital untuk rawatan manakala mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan pada 7.35 pagi dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here