3 termasuk bekas CEO bank akan didakwa di bawah akta SPRM esok

TIGA individu termasuk seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah bank pelaburan akan didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Seremban esok.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, bekas CEO itu akan didakwa di hadapan Hakim Azura Alwi manakala seorang wanita bergelar ‘Datuk’ yang juga pengarah sebuah syarikat, akan didakwa di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Difahamkan, bekas CEO itu bakal berdepan pertuduhan berkaitan rasuah lebih RM130 juta manakala wanita terbabit sebelum ini pernah dikaitkan dengan sebuah pelaburan yang disiasat SPRM dan pernah dituduh di mahkamah atas kesalahan pecah amanah.

Sementara itu, seorang ketua pegawai kewangan institusi pengajian tinggi swasta akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban bagi pertuduhan membabitkan nilai rasuah berjumlah RM6.56 juta.

Hakim M Kunasundary dijangka mendengar kes itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here