Kemuka matan palsu buku pemimpin Melaka: Pengarah syarikat percetakan direman

SEORANG pengarah syarikat percetakan direman lima hari bagi membantu siasatan selepas mengemukakan dokumen mengandungi butiran matan palsu dianggarkan bernilai RM100,000 pada tahun 2021.

Tuntutan itu berkaitan pembayaran perkhidmatan mereka bentuk, mencetak dan membekalkan buku ‘coffee table’ membabitkan bekas pemimpin tertinggi negeri Melaka.

Perintah reman terhadap lelaki berusia lingkungan 60-an itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman sehingga 22 Ogos depan selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.

Menurut sumber, suspek ditahan sekitar jam 8 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada 2021.

“Suspek dipercayai bukan sahaja mengemukakan dokumen tuntutan pembayaran buku ‘coffee table’ yang mengandungi butiran matan palsu, malah pembekalan yang dilakukan juga tidak sempurna,” kata sumber itu hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Datuk Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here