SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita tempatan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan, individu yang dikesan itu ialah Wong Pooi Ling, 51.
“Wanita itu gagal dihubungi walaupun usaha mengesannya telah dibuat di alamat terakhir di Nombor 303, Blok Jalan Muhibbah 18, Taman Muhibbah, Seri Kembangan, Selangor.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu ini diminta menghubungi pegawai penyiasat, Muhammad Mikael Abdullah di talian 012-331 6521 atau Pejabat SPRM Negeri Selangor di talian 03-552 5600 atau emel kepada gunashilen@sprm.gov.my,” kata kenyataan itu hari ini.





