Keraguan tata kelola: PM arah siasatan menyeluruh terhadap anak syarikat Khazanah

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya siasatan secara menyeluruh dijalankan terhadap mana-mana anak syarikat Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang didapati melakukan ketidakaturan kewangan.

Perdana Menteri berkata, arahan itu susulan terdapat anak syarikat Khazanah yang dikesan disyaki menimbulkan keraguan berkait tata kelola.

“Ada sejarah dirungkai baru-baru ini. Ini dilakukan Khazanah, tapi dalam gali-gali ini rupanya, ada syarikat ditubuh sejak tahun 2012, yang menimbulkan keraguan tentang tatakelola.

“Apa keputusan saya, saya kata tidak kira walaupun Pengerusi Khazanah sekarang adalah Perdana Menteri, kalau ada pelanggaran tatakelola, siasat. Ini baru kita tegas,” katanya ketika berucap pada Sesi Temu Anwar sempena Himpunan Anak Muda Kebangsaan Antarabangsa (HAMKA) 2026 di Klang hari ini.

Perdana Menteri bagaimanapun memuji pengurusan Khazanah ketika ini yang mengamalkan tata kelola yang baik.

“Mesyuarat pagi tadi di Bangunan UEM, Mesyuarat Lembaga Khazanah memutuskan untuk siasat apa-apa aspek supaya kita bersihkan, walaupun dia (syarikat) itu warisan saki baki lama,” katanya lagi.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here