Anwar nafi siasatan RCI TH, Felda bermotif dendam politik

DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan siasatan terhadap dakwaan salah laku yang didedahkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Felda tidak didorong unsur dendam politik.

Perdana Menteri sebaliknya berkata, kerajaan tidak akan mencampuri urusan siasatan atau keputusan pendakwaan kerana ia adalah bidang kuasa agensi penyiasat dan Jabatan Peguam Negara.

Menurut beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertanggungjawab menentukan sama ada sesuatu kes perlu disiasat, manakala keputusan untuk mendakwa pula tertakluk kepada Peguam Negara.

“Siapa yang menentukan sama ada siasatan dijalankan? Itu terpulang kepada agensi penyiasat iaitu polis dan SPRM.

“Siapa yang menentukan sama ada hendak mendakwa? Itu Peguam Negara. Siapa yang menentukan hukuman? Hakim, bukan Perdana Menteri,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam Sesi Temu Anwar sempena Himpunan Anak Muda Kebangsaan Antarabangsa (HAMKA) 2026 di Klang hari ini.

Anwar berkata, beliau tidak mahu mana-mana individu yang tidak bersalah didakwa atau dihukum, namun jika terdapat salah laku sehingga menyebabkan kerugian, proses undang-undang perlu diteruskan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here