Fadillah selamat jalani pembedahan, dibenarkan keluar IJN

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) selepas selamat menjalani pembedahan pintasan arteri koronari (CABG) pada 12 Ogos lalu.

IJN dalam kenyataan memaklumkan, Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu kini dalam keadaan stabil serta terus menunjukkan perkembangan pemulihan yang baik.

“Beliau akan meneruskan tempoh pemulihan di rumah dengan penjagaan susulan serta menjalani rehabilitasi jantung seperti yang disarankan pasukan perubatan.

“Bagi menyokong proses pemulihan berterusan, pasukan perubatan mengesyorkan supaya jumlah pelawat dihadkan kepada keluarga terdekat buat masa ini bagi membolehkan beliau mendapat masa secukupnya untuk berehat dan pulih,” kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IJN, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Ezani Md Taib berkata, pihaknya berpuas hati dengan perkembangan pemulihan ditunjukkan oleh Fadillah selepas menjalani pembedahan.

“Kami berbesar hati melihat pemulihan dan perkembangan positif Timbalan Perdana Menteri (Fadillah) selepas pembedahan.

“Keadaan beliau sudah bertambah baik dan mencukupi untuk meneruskan pemulihan di rumah, selain akan terus berada bawah pemantauan susulan pasukan perubatan,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here