Takiyuddin maklumkan dipanggil RoS beri keterangan 4 jam

SETIAUSAHA Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendedahkan bahawa beliau dipanggil Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk memberi keterangan, semalam.

Setiausaha Agung Pas itu memaklumkan bahawa beliau memberi keterangan selama empat jam susulan aduan dibuat oleh pimpinan Bersatu.

Menurut Ahli Parlimen Kota Bharu itu, beliau disiasat oleh RoS dan memberi keterangan selama empat jam berhubung aduan itu.

“RoS memanggil saya kerana terdapat aduan daripada Bersatu yang mendakwa bahawa mereka yang turut berada dalam PN tidak dipanggil dalam perbincangan berhubung PRN (Pilihan Raya Negeri) Negeri Sembilan, baru-baru ini.

“Jadi, saya dipanggil untuk memberi penjelasan, dan saya menjelaskan beberapa faktor kenapa parti itu tidak dipanggil untuk perbincangan.

“Kita mendapati banyak perkara tidak betul dilakukan parti itu pada PN bermula daripada PRN Johor. Mereka bertanding menggunakan logo sama, namun memburukkan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Ceramah Isu Semasa dan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 di Kota Bharu malam ini, lapor BH.

Pada masa sama, Takiyuddin turut memaklumkan bahawa pimpinan Bersatu sendiri yang mengumumkan mahu bertanding dengan menggunakan logo parti itu pada PRN Negeri Sembilan ke-16.

Media sebelum ini melaporkan, RoS mengesahkan telah menerima aduan rasmi daripada Bersatu berhubung dakwaan parti itu tidak dibabitkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai lalu.

RoS dalam kenyataan pada 11 Ogos lalu memaklumkan, aduan diterima itu turut menyentuh isu berkaitan kedudukan keanggotaan Bersatu dalam gabungan berkenaan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here