SPRM sahkan Rafizi akan dipanggil beri keterangan Isnin ini

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan akan merakam keterangan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli pada Isnin depan.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar berkata, keterangan itu diperlukan bagi membantu siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion di antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited UK dalam satu perjanjian kerjasama strategik industri semi konduktor.

“Sehingga kini, sebanyak 22 keterangan telah diambil termasuklah dalam kalangan Menteri dan juga pegawai kanan beberapa agensi kerajaan sejak siasatan dimulakan pada 13 Februari 2025.

“Minggu lalu kita telah merakam keterangan daripada James Chai selama tiga hari berturut-turut bermula Selasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Hafaz, kes melibatkan Rafizi disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Semalam, Rafizi memaklumkan beliau menerima notis SPRM untuk hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM pada Isnin ini.

Menerusi hantaran di platform X, beliau memberitahu, notis berkenaan diterima kira-kira jam 3 petang semalan, dengan sesi rakaman percakapan dijadualkan pada jam 10 pagi.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img