Dua pekerja kilang maut nahas dua motosikal di Bandar Sri Kesuma

DUA pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung di Persimpangan Empat Bandar Sri Kesuma, Kajang, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 39 dan 32 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal Yamaha NVX yang bergerak lurus di persimpangan berkenaan dilanggar sebuah motosikal Yamaha Y16ZR yang dipercayai keluar dari simpang sebelah kiri.

“Akibat perlanggaran tersebut, kedua-dua penunggang motosikal, masing-masing berusia 39 tahun dan 32 tahun, terjatuh di atas jalan raya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa merupakan pekerja kilang warga tempatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Zahrein Muhd Suod di talian 017-3818422.

Polis turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengutamakan keselamatan, mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya serta mengamalkan pemanduan dan penunggangan secara berhemah.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here