Malaysia hantar SMART ke Nepal, sumbang USD$1 juta

KERAJAAN  memutuskan untuk menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Nepal, bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan bencana banjir yang melanda negara itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN), dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dengan Kerajaan Nepal, bagi membolehkan pasukan itu digerakkan sesegera mungkin.

“Pasukan SMART turut diamanahkan untuk mengesan dan membawa pulang rakyat Malaysia yang terjejas, selain membantu Kedutaan Besar Malaysia di Nepal menyelaras bantuan serta memastikan keselamatan dan kebajikan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar berkata Malaysia juga akan menyalurkan sumbangan sebanyak USD1 juta kepada Nepal, bagi membantu mangsa yang terjejas serta menyokong usaha pemulihan pascabencana.

Semalam, Kementerian Luar hari memaklumkan sebanyak 55 rakyat Malaysia dilaporkan masih gagal dihubungi susulan banjir kilat dahsyat dan tanah runtuh di Daerah Rasuwa, Nepal yang berlaku pada 26 Ogos.

Media antarabangsa melaporkan, banjir itu memusnahkan kawasan di sepanjang sempadan Nepal-Tibet, mengorbankan sekurang-kurangnya 675 orang setakat ini dan mendorong operasi mencari dan menyelamat berskala besar.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here