Wanita warga emas maut bot naiki terbalik terlanggar tunggul kayu di Tasek Kenyir

SEORANG wanita warga emas maut selepas bot yang dinaikinya terbalik akibat terlanggar tunggul kayu di sekitar Gua Bewah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, petang semalam.

Ketua Polis Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab, berkata mangsa Wan Esah Wan Daud, 63, dari Felda Chiku, Kelantan datang ke Tasik Kenyir untuk bercuti di rumah bot bersama-sama 27 ahli keluarga.

“Pada 11 pagi semalam, mangsa menaiki rumah bot dari Tasik Kenyir menuju ke Taman Negara. Ketika sampai di lokasi kejadian kira-kira 4 petang, mangsa dan tiga ahli keluarga turun dari rumah bot yang diparkir di Gua Bewah untuk bersiar-siar dengan menaiki bot sebelum terlanggar tunggul kayu.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam air dan terperangkap di bawah bot. Mangsa berjaya diselamatkan ahli keluarga lain dan dibawa ke rumah bot,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sharudin berkata anak lelaki mangsa cuba memberikan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) namun mangsa tidak menunjukkan perkembangan positif.

Mangsa kemudiannya dibawa menaiki bot Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) selama sejam sebelum sampai ke daratan Tasik Kenyir.

“Mangsa yang mempunyai sejarah penyakit paru-paru disahkan meninggal dunia akibat lemas dan tiada unsur jenayah dikesan.

“Polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengutamakan keselamatan ketika melakukan aktiviti rekreasi terutama di kawasan tasik atau sungai,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here