TUN Dr. Mahathir Mohamad berkata, adalah tidak benar sangkaan kononnya anak muda tidak menghargai merdeka.
Bekas Perdana Menteri berusia 101 itu berkata, beliau hadir ke perarakan merdeka Putrajaya untuk lihat sambutan oleh rakyat.
‘’Saya gembira kerana sambutan masih hangat (betul-betul hangat). Tak benar sangkaan kononnya anak muda tidak hargai merdeka,’’ kata beliau melalui Facebook.

Kata Dr.Mahathir, beliau melihat ramai anak muda Melayu, Cina dan India dalam barisan pemerhati.
‘’Muka mereka ria dan jelas mereka sedang sambut kemerdekaan seolah-olah mereka baru merdeka selepas dijajah. Semangat seperti ini akan kekalkan negara. Tidak ada yang lebih mulia dari mempertahankan negara tercinta,’’ katanya.





