Semangat ini akan kekalkan negara – Dr.Mahathir

TUN Dr. Mahathir Mohamad berkata, adalah tidak benar sangkaan kononnya anak muda tidak menghargai merdeka.

Bekas Perdana Menteri berusia 101 itu berkata, beliau hadir ke perarakan merdeka Putrajaya untuk lihat sambutan oleh rakyat.

‘’Saya gembira kerana sambutan masih hangat (betul-betul hangat). Tak benar sangkaan kononnya anak muda tidak hargai merdeka,’’ kata beliau melalui Facebook.

Salah satu klip video Dr.Mahathir Mohamad sempena Hari Kebangsaan Ke-69.

Kata Dr.Mahathir, beliau melihat ramai anak muda Melayu, Cina dan India dalam barisan pemerhati.

‘’Muka mereka ria dan jelas mereka sedang sambut kemerdekaan seolah-olah mereka baru merdeka selepas dijajah. Semangat seperti ini akan kekalkan negara. Tidak ada yang lebih mulia dari mempertahankan negara tercinta,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here