Bayi baru lahir ditemukan dalam tong sanitari lapangan terbang Bayan Lepas

SEORANG bayi yang masih bertali pusat ditemukan dibuang dalam tong sanitari tandas Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas baru-baru ini.

Bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan berdasarkan penemuan uri dan tali pusat yang masih bersamanya ketika ditemukan.

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada 31 Ogos lalu dan seorang lelaki dan wanita dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan bayi terbabit ditahan pihak polis, lapor Harian Metro.

Beberapa klip video mengenai penemuan bayi malang itu turut tular dalam media sosial sejak semalam.

Media kini berusaha mendapatkan pengesahan lanjut berhubung penemuan bayi serta tangkapan itu daripada pihak polis.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here