Kanak-kanak perempuan ditemukan lemas ketika mandi sungai

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditemukan lemas pagi ini ketika mandi bersama empat kana-kanak dan remaja lain di Sungai Bengkoka, Kampung Pondoi di Pitas petang semalam.

Dalam kejadian itu, dua kanak-kanak perempuan berusia empat dan 14 tahun hampir lemas sebelum dihantar ke hospital, manakala remaja perempuan berusia 18 tahun dan remaja lelaki berusia 14 tahun terselamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pitas, Noor Jali Maslah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.17 petang.

Katanya, enam anggota bersama jentera dan bot Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tiba di lokasi pada jam 5.41 petang.

“Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mencari di permukaan air dalam radius satu kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).

“Operasi diteruskan sehingga mangsa ditemukan penduduk kampung pada jam 7.36 pagi tadi, kira-kira satu kilometer dari PKB,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis kemudian menghantar mangsa kemudian ke hospital dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Operasi ditamatkan pada jam 8.25 pagi selepas pasukan memastikan tiada lagi bahaya di lokasi,” katanya sambil memberitahu operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan I Gabuh Maradan dengan bantuan empat anggota polis.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here