Pekerja maut terjatuh dari perancah setinggi 7 meter

SEORANG pekerja maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira tujuh meter di sebuah tapak pembinaan di Bayan Lepas, George Town, kelmarin.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang memaklumkan pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan maut itu kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Menurut JKKP Pulau Pinang, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai sedang turun dari perancah untuk berehat dan makan tengah hari sebelum terjatuh.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Susulan kejadian itu, JKKP Pulau Pinang mengeluarkan notis larangan kacau ganggu serta arahan pencerobohan bagi memelihara tapak kemalangan dan memudahkan siasatan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan, termasuk merakam keterangan daripada majikan dan saksi bagi menentukan punca kemalangan serta menilai pematuhan terhadap undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan,” menurut kenyataan itu.

JKKP Pulau Pinang berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15, 18A dan 18B Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) serta peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan berkaitan.

Katanya, pihaknya akan meneruskan siasatan dan mengambil tindakan penguatkuasaan sewajarnya sekiranya terdapat sebarang pelanggaran undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here