Pekerja maut terjatuh dalam tangki enap cemar industri

SEORANG lelaki berusia 26 tahun ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam tangki enap cemar industri berkapasiti 15,000 meter padu di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Firdaus Ahmad berkata, mangsa ditemukan pada kedalaman kira-kira 1.5 meter di dalam tangki enap cemar logam hidroksida buangan terjadual berkenaan.

Katanya, tangki simpanan industri itu berketinggian kira-kira 6.1 meter dan digunakan untuk menampung enap cemar iaitu sisa yang dihasilkan ketika proses rawatan air sisa industri serta operasi pemprosesan logam.

Firdaus berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.51 malam.

“Meskipun usaha menyelamat telah dilakukan, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa dipercayai pekerja di tapak perindustrian berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, punca mangsa berada di dalam tangki tersebut masih dalam siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here