Aktivis direman dua hari bantu siasatan kes ceroboh tanah di Kangar

SEORANG aktivis direman dua hari bagi membantu siasatan kes pencerobohan tanah di Bukit Lagi di Kangar.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, perintah reman terhadap lelaki berusia 55 tahun itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Mahkamah Majistret Kangar.

“Permohonan reman terhadap lelaki ini bagi (siasatan mengikut) Seksyen 447 Kanun Keseksaan dibenarkan selama dua hari bermula hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media kelmarin melaporkan aktivis yang bekerja sebagai jururunding itu direman dua hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berhubung hantaran berunsur hasutan di media sosial berkaitan isu perobohan sebuah kuil di Kangar.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagaimanapun, aktivis itu ditahan semula apabila tempoh reman itu berakhir semalam.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here