SEORANG guru lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes salah laku seksual terhadap dua pelajar di sebuah sekolah menengah di Besut semalam, ditahan reman selama dua hari.
Perintah tahanan reman ke atas guru berusia 42 tahun itu dibenarkan Majistret Nurliyana Md Zukri bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Terdahulu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Besut dengan diiringi polis.
Guru terbabit ditahan jam 3.25 petang semalam di rumah keluarganya di Besut sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut untuk siasatan lanjut.
Penahanan susulan laporan polis dibuat dua pelajar berhubung salah laku seksual melibatkan suspek.


