SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melepaskan bekas menteri selepas selesai menjalani tempoh reman tujuh hari berhubung siasatan berkaitan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.
Bekas menteri berusia lingkungan 60-an itu sebelum ini direman selama tujuh hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan berkenaan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan bekas menteri terbabit dilepaskan dengan jaminan SPRM.





