Kes hilang RM10,000: Lelaki pulangkan dompet dibebaskan

LELAKI yang menyerahkan semula dompet milik pasangan warga China bagi membantu siasatan kes kehilangan dompet yang didakwa mengandungi wang tunai RM10,000 di sebuah pasar raya di Semenyih dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya kini sedang melengkapkan siasatan berkaitan kes tersebut.

“Suspek dibebaskan dengan jaminan polis bagi melengkapkan kertas siasatan. Perkembangan lanjut akan dimaklumkan,” katanya ringkas dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, polis menerima laporan berhubung kehilangan sebuah dompet yang dipercayai berlaku di kawasan CLC Hypermarket, Semenyih sekitar jam 3 petang pada Khamis lalu.

Susulan laporan diterima, polis turut mengesan satu rakaman video berdurasi tujuh minit 11 saat yang tular di aplikasi TikTok dan dipercayai berkaitan kejadian tersebut sebelum seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Mengulas dakwaan dompet berkenaan mengandungi wang tunai RM10,000 seperti yang tular, Naazron dilaporkan berkata ,siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesahkan jumlah wang yang didakwa hilang.

“Tunggu perkembangan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img