Fadillah bersyukur kembali hadiri mesyuarat Kabinet selepas rawatan pintasan jantung

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof kembali menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri selepas menjalani pembedahan pintasan jantung dan berehat sepanjang tempoh cuti sakit.

Melalui catatan di Facebook beliau, Fadillah melahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta seluruh rakan-rakan Jemaah Menteri atas keprihatinan, doa dan sokongan yang diberikan sepanjang menerima rawatan.

‘’Saya amat bersyukur dan gembira dapat kembali bersama rakan-rakan Kabinet dalam mesyuarat pada hari ini.Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahi kesejahteraan berpanjangan dan dapat melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here