TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof kembali menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri selepas menjalani pembedahan pintasan jantung dan berehat sepanjang tempoh cuti sakit.
Melalui catatan di Facebook beliau, Fadillah melahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta seluruh rakan-rakan Jemaah Menteri atas keprihatinan, doa dan sokongan yang diberikan sepanjang menerima rawatan.

‘’Saya amat bersyukur dan gembira dapat kembali bersama rakan-rakan Kabinet dalam mesyuarat pada hari ini.Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahi kesejahteraan berpanjangan dan dapat melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin,’’ katanya.





