Orang ramai tidak setuju empat pelajar terlibat kes rogol di Melaka duduki peperiksaan SPM

Seramai 1,210 responden tidak bersetuju dengan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membenarkan empat pelajar lelaki yang merogol secara berkumpulan seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Melaka menduduki peperiksaan Sijil Pelajar Malaysia (SPM) pada 3 November.

Mereka merupakan antara 1,336 responden yang memberi maklum balas melalui undian yang dijalankan oleh utusanmelayuplus.com selama 5 hari bermula Isnin lalu. Seramai 126 lagi responden bersetuju kesemua suspek dibenarkan mengambil peperiksaan berkenaan. Setiap responden hanya  boleh mengundi sekali sahaja.

Jumlah responden tidak bersetuju itu menunjukkan orang ramai menolak pendirian KPM yang menyatakan keputusan tersebut selaras dengan prinsip pendidikan untuk semua.

Pada 12 Oktober lalu, Menteri Pendidikan Fadlina Sidek berkata, empat pelajar lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rogol secara bergilir-gilir di sebuah sekolah menengah di sini tetap akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Manakala pada 13 Oktober, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Mohd.Azam Ahmad berkata, kesemua pelajar terlibat telah diambil tindakan dibuang sekolah serta-merta.

Bagaimanapun kata beliau kesemua murid berkenaan dibenarkan menduduki peperiksaan SPM, namun ia harus dilakukan sama ada di pusat tahanan, atau tempat yang berasingan.

Semalam, dua daripada empat pelajar lelaki yang terlibat didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak Alor Gajah.

Kedua-dua tertuduh berusia 17 tahun berdepan tiga pertuduhan melibatkan kesalahan merogol secara berkumpulan, melakukan persetubuhan bertentangan tabii dan amang seksual fizikal.

Bagaimanapun, hanya seorang daripada tertuduh membuat pengakuan bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan manakala seorang lagi tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan.

Semalam juga, Polis Kedah memaklumkan telah menahan tiga pelajar di sebuah sekolah di Baling dan seorang bekas pelajar pada Ahad lalu  kerana disyaki terlibat mengadakan hubungan seks dengan seorang pelajar perempuan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan di beberapa lokasi berbeza termasuk di dalam kelas dan ladang kelapa sawit, bukan secara serentak atau berkumpulan.

“Kejadian berlaku pada waktu petang ketika tiada sesi pembelajaran dan tiada orang lain berada di dalam kelas. Mangsa dipercayai melakukan perbuatan itu dengan empat suspek secara berasingan dan salah seorangnya adalah teman lelaki mangsa,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img