Bekas penceramah bebas tidak mengaku miliki gambar bogel, video lucah

BEKAS penceramah bebas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini atas dua pertuduhan memiliki gambar bogel dan video lucah dalam telefon bimbitnya.

Tertuduh, Faridul Firdaus Zaulkapli, 40, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Cynthia Noor Haizean Sulaiman.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Faridul Firdaus didakwa memiliki dua telefon bimbit yang mengandungi gambar bogel dan video lucah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kira-kira jam 6.15 petang, 1 Julai 2025.

Dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Alya Zaphfirah Al Zaphni mencadangkan tertuduh dikenakan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam bela A Naveenthiran memohon jumlah jaminan minimum dan munasabah dengan alasan anak guamnya adalah penanggung utama keluarga termasuk dua isteri dan 11 anak berusia antara dua bulan hingga 15 tahun.

“Anak guam saya juga tiada rekod jenayah lampau dan tidak berhubung dengan pengadu, oleh itu tiada risiko dia akan mengganggu saksi.

“Tertuduh juga hilang sumber pendapatan sejak kes ini bermula. Saya pohon jaminan minimum dan munasabah,” katanya, lapor BH.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Mahkamah turut menetapkan 27 Oktober ini untuk sebutan semula kes.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here