DATUK Seri Anwar Ibrahim petang ini berangkat ke New Delhi, India bagi menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.
Perdana Menteri berkata, beliau turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan pemimpin India, Russia, Iran, Kazakhstan dan Ethiopia.

“Rencana saya di India turut merangkumi kunjungan ke Kerala untuk bertemu Mufti Besar India bagi bertukar pandangan mengenai pembangunan masyarakat, pendidikan dan hal ehwal agama,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Anwar berkata, selepas selesai misi diplomasi di India, beliau akan meneruskan perjalanan ke Male, Maldives bagi mengadakan lawatan rasmi atas jemputan Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu.
“Moga segala urusan dipermudah dan lawatan ini membawa manfaat nyata buat rakyat dan negara. Insya-Allah,” katanya.





