Jerebu: 38 kawasan catat IPU tidak sihat setakat jam 10 pagi

KUALITI udara di Malaysia setakat jam 10 pagi ini didapati berada pada tahap sederhana di kebanyakan kawasan, namun sebanyak 38 stesen pemantauan masih merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat susulan episod jerebu yang melanda beberapa negeri.

Berdasarkan bacaan Air Pollutant Index Management System (APIMS) yang dkendalikan Jabatan Alam Sekitar (JAS), beberapa kawasan di Johor, Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Sarawak terus mencatat bacaan melebihi 100, yang dikategorikan sebagai tidak sihat.

KEADAAN jerebu di sekitar Kuala Lumpur setakat jam 10 pagi ini. GAMBAR: Nurul Shafina Jemenon

Antara kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat tertinggi setakat jam 10 pagi ini adalah Serian (188), Johan Setia (182), Cheras (172), Pasir Gudang (170), Nilai dan Tangkak (masing-masing 169), Shah Alam (168), Putrajaya dan Larkin (masing-masing 167) serta Seremban (164).

Turut mencatatkan bacaan IPU melebihi 100 pagi ini adalah Kota Tinggi (164), Batu Muda dan Samarahan (masing-masing 163),  Batu Pahat, Indera Mahkota dan Balok Baru (masing-masing 162).

Setakat jam 10 pagi ini juga, Petaling Jaya, Klang dan Pengerang (masing-masing 161), Alor Gajah (160), Tanjung Malim (159) serta Bukit Rambai dan Kemaman (masing-masing 158).

Sementara itu, kebanyakan kawasan lain di utara Semenanjung, Pantai Timur, Sabah dan sebahagian Sarawak mencatat bacaan pada tahap sederhana dengan IPU antara 51 hingga 100.

Menurut APIMS, bacaan IPU dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi bahan pencemar dominan, yang digunakan untuk menentukan kategori kualiti udara semasa.

Orang ramai, khususnya kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai penyakit pernafasan dan jantung, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar sekiranya berada di kawasan yang mencatat bacaan tidak sihat.

Maklumat terkini status kualiti udara boleh disemak melalui portal rasmi APIMS JAS yang dikemas kini secara berkala.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here