Lelaki 60 tahun maut ketika ketuai aktiviti mendaki pelajar

SEORANG lelaki berusia 60 tahun meninggal dunia selepas pengsan ketika mengetuai sekumpulan pelajar Tingkatan Enam menjalankan aktiviti mendaki di Hutan Simpan Ulu Tamu, Selangor, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 12.35 tengah hari.

Beliau berkata, sepasukan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bersama sebuah jentera FRT dan kenderaan Hilux dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 22 kilometer dari balai.

“Komander operasi melaporkan terdapat seorang mangsa lelaki berbangsa Melayu berusia 60 tahun pengsan ketika mengetuai pelajar Tingkatan Enam melakukan aktiviti mendaki.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan, hari ini..

Ashrul Riezal berkata, anggota JBPM menjalankan kerja-kerja membawa turun mangsa dari lokasi sebelum diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Operasi membabitkan empat anggota BBP Kuala Kubu Bharu dengan sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan Hilux.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here