Pengamal media Sarawak, Chimon Upon terima bantuan Tabung Kasih@HAWANA

MENTERI Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil hari ini menyantuni dan menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA X TM kepada jurufotografi di The Borneo Post, Chimon Anak Upon yang terkesan akibat ribut pada 25 Ogos lalu.

Chimon, 59, berkhidmat di The Borneo Post selama 17 tahun dan kesan daripada ribut berkenaan telah merosakkan sebahagian bumbung kediaman beliau selain bekalan elektrik turut terputus.

Sekretariat HAWANA 2026 memaklumkan, Tabung Kasih@HAWANA X TM merupakan inisiatif di bawah Tabung Kasih@HAWANA yang diwujudkan menerusi sumbangan dana tanggungjawab sosial korporat (CSR) Telekom Malaysia (TM) bagi memperluas bantuan kepada pengamal media yang memerlukan.

Menurutnya, sejak mula disalurkan pada Jun 2026, seramai 75 pengamal media di seluruh negara telah menerima manfaat daripada inisiatif tersebut.

“Sejak Tabung Kasih@HAWANA diperkenalkan pada April 2023, seramai 845 pengamal media di seluruh negara telah menerima manfaat daripada inisiatif yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan dilaksanakan menerusi Bernama,” kata kenyataan itu.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah; Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Datuk Bahria Mohd Tamil; Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama, Arul Rajoo Durar Raj.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here