Dua maut nahas lori muatan habuk kayu dan lori sayur

DUA lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di Jalan Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands dekat Ipoh malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 8.36 malam sebelum jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai tiba di lokasi 20 minit kemudian.

ANGGOTA bomba dan penyelamat membantu mangsa kemalangan dua buah lori di Jalan Simpang Pulai menghala Cameron Highlands malam tadi. Dua maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian itu. GAMBAR: JBPM Perak

Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan habuk kayu dan sebuah lagi lori membawa muatan sayur, dengan tiga lelaki terbabit dalam insiden berkenaan.

“Seorang lelaki berusia 42 tahun yang tersepit berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan hidraulik dan dihantar dengan ambulans ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan.

“Dua lagi mangsa, masing-masing berusia 40 dan 35 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata, anggota bomba turut melakukan kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan dan tumpahan minyak di permukaan jalan menggunakan satu aliran salur bantu mula serta habuk kayu.

Tambahnya, operasi berjaya dikawal pada jam 11 malam dan ditamatkan jam 1.15 pagi ini selepas pihak bomba memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here