Porsche lawan arus ketika sekatan jalan raya, pemandu serah diri

TINDAKAN seorang pemandu Porsche memandu melawan arus ketika melalui sekatan jalan raya membawa padah apabila dia menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Saifullah Jaya@Yahaya berkata, lelaki berusia 43 tahun itu hadir menyerah diri selepas rakaman video kejadian tular di media sosial.

Katanya, polis turut menjalankan ujian saringan air kencing terhadap lelaki terbabit dan keputusannya negatif.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara maksimum lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000.

“Selain itu, lesen memandu juga boleh digantung untuk tempoh minimum lima tahun,” katanya.

Sementara itu, rakaman video berdurasi 12 saat yang tular memaparkan sebuah Porsche berwarna putih dipandu secara berbahaya ketika melalui sekatan jalan raya di Kilometer 6.5, Jalan Ismail Sultan, Iskandar Puteri.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here