SEORANG lelaki warga emas maut dalam kebakaran sebuah rumah teres setingkat di Taman Indah, di Tampin awal pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, dalam kejadian kira-kira 6.15 pagi itu, mangsa berusia 63 tahun ditemukan di bilik bahagian belakang rumah.
Menurutnya, mangsa dipercayai gagal menyelamatkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
“Rumah berkenaan dihuni tiga beranak, bagaimanapun isteri dan anaknya masing-masing berusia 56 dan 27 tahun dapat menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kebakaran menyebabkan kira-kira 30 peratus bahagian belakang rumah terbakar.





