Houthi Yemen serang lapangan terbang antarabangsa Riyadh

BUAT pertama kali dalam tempoh empat tahun, kumpulan Houthi Yemen telah menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi dengan dron.

Mereka menyasarkan tangki utama bahan api jet, dengan api marak dan kepulan asap hitam yang tebal kelihatan di atas lapangan terbang.

Di platform X tular video serangan itu yang menyaksikan orang ramai menyelamatkan diri ketika serangan itu berlaku.

Bagaimanapun, Arab Saudi masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden berkenaan.

Sebelum ini, Pasukan Pertahanan Awam Arab Saudi mengeluarkan amaran berhubung kemungkinan ancaman di Riyadh serta Al-Kharj, sebelum menarik balik amaran berkenaan, pada pagi Sabtu selepas keadaan diisytiharkan selamat.

Seorang wartawan Reuters di kawasan Olaya, Riyadh, turut melaporkan terdengar beberapa bunyi letupan sebelum pengumuman, dibuat.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here