Lelaki maut, enam cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Kota Tinggi

SEORANG lelaki maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan  tiga kenderaan di Kilometer 66.6 Lebuhraya Senai-Desaru, di Kota Tinggi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, mangsa yang maut, Chua Bing Xuan, 26, adalah penumpang Perodua Myvi.

Katanya dalam satu kenyataan, polis menerima maklumat awam mengenai kejadian itu pada jam 11.50 pagi.

“Kemalangan melibatkan Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun bersama empat penumpang, selain Proton Exora dipandu lelaki berusia 56 tahun bersama seorang penumpang dan Mazda CX-30 dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun,’’ katanya.

Beliau berkata, pemandu dan semua penumpang Perodua Myvi serta Proton Exora parah dan mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, Hospital Pasir Gudang (HPG) Johor Bahru dan Hospital Kota Tinggi (HKT).

Yusof memberitahu, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi memotong sebuah kenderaan sebelum bertembung Proton Exora dari arah bertentangan.

“Mazda CX-30 pula melanggar bahagian belakang Proton Exora, manakala pemandunya tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) dan Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here