Dua lelaki Orang Asli direman, halang penjawat awam jalankan tugas

DUA lelaki Orang Asli direman dua hari selepas disyaki menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera (Ramsar), semalam.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia 27 dan 61 tahun itu diluluskan sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, kedua-dua lelaki itu ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika operasi penguatkuasaan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.

“Operasi disertai Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera, Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN),” katanya.

Beliau berkata, ketika operasi, pasukan UPNP menahan sebuah lori dinaiki kedua-dua lelaki berkenaan kerana disyaki melakukan beberapa kesalahan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.

Katanya, kesalahan itu membabitkan Seksyen 47(1) kerana memasuki Hutan Simpan Kekal (HSK), Seksyen 15 kerana mengambil hasil hutan tanpa kebenaran serta Seksyen 81(1)(d) akta sama.

“Lori bersama muatan sawit turut disita mengikut Seksyen 88 Akta Perhutanan Negara 1984,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here