Pembatalan pelantikan 10 Exco Negeri Sembilan diwartakan

PEMBATALAN  pelantikan 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan telah diwartakan hari ini.

Warta berkenaan menyatakan, pelantikan ahli-ahli exco tersebut dibatalkan berkuat kuasa 20 Sept oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

“Menurut Perkara 38(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959, seseorang ahli exco selain daripada menteri besar memegang jawatannya selama diperkenan oleh (Yang Dipertuan Besar).

“Memandangkan (10 ahli exco ini) telah melanggar ikrar taat setia (terhadap Yang Dipertuan Besar), dengan ini (Yang Dipertuan Besar) menarik balik perkenan dan membatalkan pelantikan (mereka) sebagai ahli exco Negeri Sembilan,’’ kata warta itu.

Kesemua 10 bekas ahli exco tersebut terdiri daripada wakil UMNO iaitu Datuk Mustapha Nagoor (Palong); Datuk Faizal Ramli (Linggi); Datuk  Zaiful Bahri Idris (Chembong); Datuk Razi Ali (Sungai Lui); Datuk Asna Amin (Lenggeng);  Siti Nur Umaira Hasim (Labu); dan Suhaimizan Bizar (Gemencheh).

Tiga lagi terdiri daripada wakil MCA Siow Kong Choon (Chennah); Fairuz Isa daripada Pas (Serting); serta Razali Abu Samah (Sikamat) daripada Wawasan.

Pada 20 September lalu , pihak Istana Negeri Sembilan mengumumkan bahawa Tuanku Muhriz telah membatalkan pelantikan ahli-ahli exco terbabit, berkuat kuasa serta-merta.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here