Cef rugi lebih RM200,000 diperdaya pelaburan kripto

SEORANG cef kerugian lebih RM200,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan mata wang kripto yang ditawarkan individu dikenalinya menerusi aplikasi telefon pintar.

Mangsa berusia lingkungan 50-an itu mula berkenalan dengan individu terbabit ketika berada di rumahnya di Ampang, sebelum ditawarkan menyertai pelaburan berkenaan pada September tahun lalu.

Menurut sumber, mangsa yang tertarik dengan tawaran itu kemudian memuat turun aplikasi yang diberikan suspek kononnya bagi menguruskan pelaburan berkenaan.

“Mangsa kemudiannya membuat beberapa transaksi pemindahan wang ke akaun yang diberikan suspek,” katanya, lapor Harian Metro.

Sumber berkata, suspek terus meminta mangsa menambah pelaburan dari semasa ke semasa, dengan transaksi terakhir dilakukan pada Jun lalu.

Mangsa dijanjikan wang pelaburan itu akan dipulangkan bersama pulangan keuntungan pada Ogos lalu.

“Bagaimanapun, mangsa tidak menerima semula wang pelaburan berjumlah lebih RM200,000 seperti dijanjikan.

“Menyedari dirinya ditipu, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Ampang kelmarin untuk tindakan lanjut,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here